Selasa, 2 September 2014

NOVEL CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU

NOVEL CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU
Lukaku pasti akan terubat tidak lama lagi.... 

Selepas kemunculan novel yang bertajuk Cik bunga dan Encik Sombong  dan Cik Blur dan Encik Ikhlas kini dengan tajuk Cik cinderalla dan Encik Tengku. Kalau nak cerita santai dan bersahaja belilah novel dari penulis Airisz. Novel yang mempunyai 475 muka surat ini amat menghiburkan . Jom terokai cerita cinta Puteri Nuraisha bersama Tengku Daniel. 

Puteri Nuraisha 25 tahun bertunang kerana amanat arwah ibunya. Puteri akur biarpun Ashraf bukan pilihan hatinya. Selepas kematian Ibunya Ayah Puteri berkahwin lagi dengan seorang janda beranak satu. Hidup Puteri menjadi huru hara bila kakak tirinya Sha cemburu dan mengganggu ketenteraman jiwanya. Segala laku pasti ada saja yang tak kena hingga Puteri merasakan dirinya tersisih. Hubungan Puteri dan Ashraf semakin dingin walau pun sudah bertunang lebih dari setahun. Kehadiran Tengku Daniel lebih dikenali sebagai Daniel mengubah hidup Puteri.

Tengku Daniel adalah peguam syarikat Puteri berkerja. Puteri hanya mengenali Tengku Daniel hanya sebagai Daniel sahaja. Selepas satu pertemuan yang tidak disengajakan, hubungan merekan menjadi rapat. Dengan Daniel lah , Puteri banyak menghabiskan masa dan meluahkan rasa sedih dan kesal terhadap kakak dan mama tirinya yang sentiasa mencari punca perbalahan. Pada suatu hari Puteri , ayah dan mamanya pergi ke Cameron Highland . Sha akak tirinya tidak turut serta. Puteri terkejut bila berjumpa Daniel di ruang rehat perjalan ke sana. Puteri mengambil keputusan untuk tumpang Daniel ke Cameron Highland. Ayah dan mama tirinya pula menukar destinasi untuk terus ke Langkawi.  Bergembira berdua hingga berlaku sesuatu disana kerana kealpaan ,  Daniel menyesali apa yang berlaku. Danial menghilangkan diri selepas kejadian di Cameron Highland. 

Keadaan bertambah teruk bila tarikh pernikahan Puteri dan Ashraf ditetapkan. Hati Puteri menjadi berbelah bagi bila tarikh pernikahan ditetapkan oleh keluarga Ashraf. Daniel kecewa bila kekasih hatinya Puteri , yang dicari selama 5 tahun akan menjadi isteri orang lain.  Daniel menghilangkan diri kerana terlalu kecewa. Puteri mencari Daniel firma guaman Daniel dan terkejut bila mengetahui Daniel adalah Tengku Daniel ( kerabat ) dan mempunyai firma guaman sendiri. 

Puteri di uji saat tarikh perkahwinan mereka hampir tiba. Ashraf dan Sha ditangkap berada di bilik Sha dalam keadaan tidak berpakaian. selama ini Sha mempunyai hubungan dengan Ashraf. Kerana itu juga Sha sering ingin tahu kemana sahaja Puteri pergi bila Puteri memberitahunya dia ingin keluar . Ashraf yang takut untuk berterus terang akan perhubungannya dengan Sha selama ini kerana disangkakan Puteri terlalu garang. Selain itu juga Puteri adalah pilihan keluarga Ashraf pada mulanya. Puteri mencari ketenangan untuk berdepan dengan semua perkara yang berlaku sekelip mata. Puteri terharu bila berjumpa Umie Daniel kerana kehidupan mereka yang penuh dengan kasih sayang berbanding keluarga Puteri. Daniel mengambil keputusan untuk melamar Puteri kerana tidak mahu kecewa lagi. 

Keputusan Puteri mengejutkan semua kerana tetap mahu meneruskan perkahwinan tetapi dengan lelaki pilihannya. Sekali lagi Sha sengaja mempersendakan Puteri kerana kononnya Puteri hanya mengupah lelaki untuk dijadikan pengganti Ashraf. Mama dan kakak tirinya tak pernah cukup untuk menyakitkan hati Puteri walaupun Puteri sudah berkahwin dengan Daniel. Ada saja ayang tak kena di mata mereka. 

Mak Mertua Sha yang pada mulanya gembira menerima Sha tetapi lama kelamaan mereka sedar siapa menantu mereka. Ayah Puteri tak serik dengan perkahwinan. Bila Mama tirinya mendapat tahu suaminya berkahwin lain . Mama tiri menuntut cerai dan sha kembali kepangkuan suami dan menerima takdir hidupnya. 

Sinopsis dari kulit Novel
Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam!
Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf.
Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh!
Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…
Dan dia hantar SMS…
Babe (Dia panggil aku babe.)
Ya sayang (Aku panggil dia sayang.)
Lunch sama (Dia ajak.)
Okey (Aku nak.)
Kat mana (Dia tanya.)
Ayam Penyet Kelana Jaya ( Dalam kepala ingat tempat tu saja.)
Okey cantikkk… (Dia setuju.)
Ya, semuanya cantik belaka. Indah belaka. Tapi selepas itu, semuanya menjadi amat sukar. Aku tidak mampu menolak amanat arwah ibu dan aku juga tidak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel.
Siapa yang bakal aku pilih antara Ashraf dan Daniel?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan