Aku hanya ingin bersamamu kerana aku telah terlanjur mencintaimu
Ini adalah novel pertama yang dibeli secara online. Novel Setia Hujung Nyawa karya Fatin Nabila terbitan Alaf 21.
Novel setebal 469 muka surat ni akan diadaptasi dalam slot Akasia TV3
pertengahan bulan Disember ini. Dari ringkasan kulit novel cerita ini
nampak menarik dan mencuri perhatian sesiapa yang membacanya.
Ersalina
Imani dan Zain Hakimi adalah watak utama dalam novel ini. Bermulanya
cerita Ersalina seorang gadis 17 tahun menunggu keputusan SPM. Gadis
yang terlalu naif tentang kehidupan dan pernah terlanjur bersama teman
lelakinya. Dia juga tidak tahu apa akibatnya dimasa akan datang.
Ersalina dilamar oleh Datin Adibah untuk mejadi menantu bidang terjun
dan isteri kepada anaknya Zain Hakimi menggantikan tempat Sofea hilang
entah kemana. Kelembutan dan keayuan Ersalina menambat hati Datin
Adibah. Haliza ( ibu Ersalina ) menerima pinangan Datin Adibah bagi
menutup satu rahsia yang akan memalukan keluarga. Tanpa memikirkan
akibatnya, mereka dikhawinkan dengan perkenalan kurang dari seminggu.
Bermula episod kehidupan baru Ersalina dan Zain sebagai suami isteri.
Mereka
memilih untuk menjadi rakan serumah dan belajar untuk menyemai rasa
cinta . Tat kala perasaan cinta sudah membara dan berjanji untuk
menjalinkan hubungan suami isteri. Zain terkejut bila Ersalina
keguguran, isteri yang belum sempat disentuh . Disinilah pergolakan
rumah tangga mereka bermula. Zain merasa dirinya tertipu dan memujuk
hati dan untuk menerima Ersalina dalam hidupnya demi menjaga hati
keluarga dikedua belah pihak . Kemarahan dan amukan Zain dah menjadi
rencah kehiduapan Ersalina. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka
dilapah. Perasaan cinta Zain yang terlalu dalam pada Ersalina, Zain
menerima Ersalina kembali sebagai isteri sepenuhnya.
Dugaan
terus membadai, Zain terlibat dalam kemalangan dan rahsia yang disimpan
rapi terbongkar dan didengari oleh Datin Adibah. Zain Koma ... Datin
Adibah membenci Ersalina dan keluarga dan menganggap keluarga Ersalina
menipu dan mengambil kesempatan diatas keluarganya. Ersalina berjanji
dan tekad ingin setia hingga kehujung nyawa walau apa terjadi sekalipun .
Sedar dari koma Datin Adibah memaksa Zain menceraikan Ersalina dan
berjanji mencari isteri yang jauh lebih baik dari Ersalina. Sibuk
mencari menantu yang berbaik Datin Adibah dikejutkan satu berita yang
tidak disangka-sangka. 8 tahun yang lalu zain juga pernah merosakkan
anak gadis orang dan tidak mahu bertanggungjawab. ia memberi alasan
kerana mereka terlalu muda ketika itu. kesudahan cerita ni happy ending.
|
Inilah Ersalina dan Zain dalam drama Setia hujung nyawa Pertengahan Disember ini |
Sinopsis dari kulit novel
Pengantin
perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan
tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal
menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus
terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak
gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga.
Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak
mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain
cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik
melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut
cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum
pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya.
Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum
biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang
dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa
pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
Petikan - petikan yanga menarik dari dalam novel ini:-
Siibu merahsiakan berita baru yang baru diterima.
"Tolonglah,
doktor. Perkara ini rahsia kita berdua." Haliza memegang lengan Dr.
Suria. Sesekali matanya beralih pada Ersalina yang terbaring.
"Kita
berdua?" Dr. Suria mengangkat sedikit cermin matanya yang melorot ke
hidung. Kemudian memandang wajah Ersalina yang outih bersih. Kejelitaan
anak perempuan Haliza itu memang mempersonakan mata.
"Lina pun tak perlu diberitahu perkara ni. Saya tank nak dia susag hati."
"Tapi
nanti, macam mana kalau..."Dr. Suria mempamerkan riak keliru dan tidak
faham. Mana mungkin dia boleh merahsiakan perkara ini daripada tuan
punya badan sendiri. Memang tidak masuk akal!
"Saya
akan fikirkan yang terbaik buat anak saya." Mata Dr. Suria membulat
memandang wajah Haliza. Hatinya jadi berbolak balik, mula menelah
sesuatu yang diluar jangkauan.
"Doktor
jangan risau, saya tak akan buat yang bukan-bukan." Haliza seakan
memahami fikiran Dr. Suria saat ini. Bercabang-cabang dahan
fikiranyanya, namun tidak terlintas mahu selesaikan masalah dengan cara
yang membawa kemungkaran. MOhon dijauhkan daripad demikian. Perlahan
didir Dr. suria melorek senyuman. dia kenal hari budi Haliza. Wanita itu
tidak akan melakukan sesuatu yang diluar jangkauan. Hatinya menyakini
keluhan hati Haliza.
"Janji
ya, doktor? Hanya kita berdua yang tahu?" Haliza merayu lagi. Air mata
dipipi mengalir lesu. Hatinya saat ini, hanya Allah yang tahu betapa
berselirat dengan seribu liku.
Zain Bengang Bila Sofea tiba-tiba berubah hati.
"Sofea,
you tak boleh baut macam ni. Kita dah rancangkan semuanya. You pun tahu
sejauh mana hubungan kita. Betapa I sayangkan you epenuh hati I." Zain
Hakimi separuh menjerit di telefon bimbitnya. Apabila mendengar talian
sudah duputuskan Sofea, dia mendegus marah sambil mendail berkali-kali.
Namun, talian sudah dimatikan. Sudahnya, dia melemparkan telefon kecil
itu ke dinding sehingga berkecai dan bersepai mengeluarkan 'isi
perut'nya. Dia menghampas badannya ke atas katil. Kedua-dua tangannya
mencengkam erat rambutnya. Sakit hati tidak tergambar dengan kata-kata.
Mengapa Sofea tiba-tiaba saja ke luar negara dan mengambil keputusan
untuk terus menetap disana? Bagaimana dengan angan- angan mereka? ke
mana hendak dihalakan impian yang sedang mereka rancangkan?
"Zain.."
Lembut suara Datin Adibah memanggil. Sewaktu menoleh, Datin Adibah
sudah berdiri dihadapannya. Tidak sedar bunyi pintu yang dikuak mummynya
itu.
"Eh,
kenapa ni? Muka itu keruh macam ada masalah besar." Bulat mata Datin
Adubah meneliti wajah anak bujangnya yang kusut. Masak sangat dengan air
muka putera tunggalnya itu. Apabila marah, gembira mahupun sedih, hanya
sekilas pandang dia mampu menyelami perasaan Zain.
Zain
melepaskan keluhan yang berat. Bagaimana untuk menerangkan kepada
mummy?? udalah untuk dapatkan restu mummy agar merestui hubungannya
dengan Sofea bukan mudah. Memaksa dia berlutut merayu kepada mummy agar
menerima Sofea sebangai calon isterinya. Beberapa hari Datin Adilah
melancarkan perang dingin dan mogok trhadapnya, tanda protes pada
hubungannya dengan Sofea. Pelbagai cara dilakukan demi membeli hati dan
memohon restu. Dia yang tidak pernah ke dapur, terpaksa melecehkan
tangan untuk cuba menyediakan sandwic tuna kesukaan mummy melalui buku
masakan. Hingga akhirnya hati Datin Adubah terpujuk menerima Sofea.
Tetapi kini, musibah ini pula yang menimpa. Sofea jauh di luar negara.
Dia tidak akan mampu memujuk Sofea untuk pulang dalam tempoh seminggu
ini.
"Apa
ni?" Tinggi syara Datin Adibah seraya menapak di dinding. telefon Zain
yang bersepai dikutipnya. Segera dia memahami bahawa Azi dilanda masalah
besarjika begitu tingkah anaknya. Pasti tahap masalah anak itu menemui
jalan buntu.
"Zain
, apa yang dah berlaku?" soal Datin Adibah dengan perasaan yang kurang
enak. Punggungnya dilabuhkan ke sisi Zain dibirai katil.
"Mummy, Sofea dah pergi ke luar negara."
Memohon Keizinan , memeranjatkan Si ayah
"Apa
yang mama nak beritahu abang?" Haliza memejam mata. Nafasnya terhembus
deras. pelik Badri melihatkan tingkah isterinya. Ada apa sebenarnya?
"Abang,
Datin Adibah melamar Ersalina untuk anak bujang dia." Bagaikan terlepas
bebanan hutang saat ungkapan itu terbit dari bibirnya.
""Melamar
Ersalina?" Membutang biji mata Badri. Haliza mengangguk. Dadanya
berdebar kencang. Setujulah, bang... pintanya didalam hati. Tetapi
mustahil untuk Badri merestuinya.
"Gila!" Badri mendengus. "Adik tu baru 18 tahun. SPM pun belum keluar keputusan lagi."
"Datin Adibah tu baik. Keturunan yang dipandng orang. Peluang baik macam ni bukan mudah, abang."
"Jadi,
mama setujulah? kata mama, bau lagi kenal rapat dengan Datin Adilah
tu," sindir Badri. "Nak pulak pulak mama berbesan dengan Datin?"
"Bukan
gitu, abang. Mama tak pandang semua tu, Kita dah cukup senang tanpa
menumpang harta orang, abang." Badri melempar pandangan. Dia kenal
Haliza. Isterinya bukanlah seorang yang memandang kebendaan. Bukan gelap
mata dengan kebendaan orang. Mereka sudah cukup selesa dan senang
biarpun tidak berpangkat.
"Adik
tau? tanya Badri. Rasa marah yang bertamu dipendamkan ke sudut hati.
Ini bukan tempat yang sesuai untuk meluahkan kemarahan. Haliza
menggeleng.
"Tolong jangan beritahu Zakwan pasal ni. Esok-esok dia nak terbang, terjejas fikiran dia teringatkan adik."
Pernikahan
dua hati yang tak pernah mengenali , Si ibu pengantin perempuan
bersyukur kerana bebannya sudah terlepas dan Si ibu pengantin lelaki
bersyukur kerena pengantin perempaun datang sebagai penyelamat.
"Aku
terima nikahnya Ersalina Imani binti Badri dengan mas kahwin yang
tersebut itu." Lafaz itu bergema lancar dan jelas melalui mikrofon yang
dihalakan ke mulut pengantin lelaki. Masjid yang indah itu hening
seketika saat doa dibaca. Ersalina sebak saat namanya disebut oleh
lelaki yang baru saja sah bergelar suaminya. Dia hanya memerhatikan
susuk tubuh suaminya yang duduk menghadap tuan kadi dan
membelakangkannya. Dia masih belum melihat wajah suaminya. Sewaktu
dibawa dari ruang persalinan dalam masjid ini, lelaki itu sudah bersedia
untuk dinikahkan. Sedikit terketar dia sewaktu menurunkan tandatangan
atas borang persetujuan nikah. Bukan lagi mimpi, dirinya sah bergelar
isteri kepada lelaki bernama Zain Hakimi. Dia sudah menjadi milk leleki
yang tak pernah dilihat dan dikenali.
"Assalamualaikum
Ersalina... anak mummy nak serungkan cincin." Datin Adibah berkata saat
menghampiri Ersalina. Halia disisi Ersalina, Mencapai tangan Ersalina
dan dihulurkan kepada Zain yang berdiri disisi Datin Adibah. Ersalina
dan Zain bertukar pandangan. Wajah kedua-dua terpamer riak terkejut. Ada
gelora dalam hati masing-masing . Eh dia ni?
"Zain,
sarungkan cincin," bisik Datin adibah. Wajah Zain yang berubah saat
memandang Ersalina saat Ersalina membuatkan dia tertanya sendiri.
Zain Cuba menerima Ersalina sebagai Isterinya.
"
Bila agaknya abang boleh tidur dalam bilik ni? atau Lina yang tidur
dalam bilik abang? " Zain berdiri dihadapan pintu bilik Ersalina.
"
Bila ya ?" ulang Zain lagi . Dia menghampiri isterinya. Matanya
merenung romantis wajah Ersalina yang duduk di sisi katil. " Abang yang
tentukan waktunya" katanya perlahan. Petanda dia bersedia untuk
menyerah. Wajah Sain kegirangan." Tapi bukan Malam ini" ujar Ersalina dalam bisikan. Sengaja mengenakan suaminya.
Bila rahsia terbonngkar
"
Anak mama dah tipu saya. Anak mama dah permainkan saya!" Meninggi suara
Zain . Tak teperi marahnya. " Bukan salah lina , zain " Sekilas mata
zain bertaut dengan mata Haliza. " Apa maksud mama?" Bernada curiga soal
Zain.
Mungkin itu takdirnya, Zain cuba menerima.
" Itu jodoh kau sebab tu kau kahwin dengan dia walaupun tak saling mengenali. Terimalah" Suara Hady melatun lagi dimindanya.
"
Kau dah mula cintakan dia. Akuilah. Aku tahu kau tak sanggup lepaskan
Ersalina sebab itu cinta kau" Kata- kata hady menang tepat.
Pertemuannya dengan Ekin mengimbas kenangan lalu.
" Saya terkenang kisah kita. Saya berdosa pada awak".
"
Kita sama-sama berdosa Mohonlah keampunan pada ALLAH" Bicara Ekin juga
kedengaran pahit " Saya tak patut buat awak begitu. Musnahkan masa depan
awak dan tak bertanggungjawab" "Maafkan saya Ekin. ampunkan saya "
bicara Zain sebak . Rasa berdosa begitu menghempapnya.
Sepotong Ayat :"
LELAKI yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina
ataupun perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak mengahwini
melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu
diharamkan ke atas orang - orang yang beriman" ( Surah Al-Nur : 3)
Setia Hujung Nyawa Raya.
Pada
sesiapa yang terlepas menonon Setia Hujung Nyawa edisi raya jom tonton
sama - sama dengan saya. Semasa ditayangkan di TV sibuk memasang rendang
didapur... hehehhe masak ke ????
Edisi Drama
OST Untuk Drama Setia Hujung Nyawa
( Minggu pertama Episod 1 - 4 ) - Episod pengenalan
Episod 1
Episod
pertama episod perkenalan , Ersalina mempunyai keluarga bahagia.
Mempunyai seorang abang Zakwan, yang berkerja Juruterbang. Ersalina suka
menghabiskan masa dengan kawannya Zehra. Ikram, abang Zehra cuba
memikat Ersalina dalam diam. Tetapi lain pula pada keluarga Zain. Zain
mencintai Sofea tetapi perhubungan mereka tidak direstui oleh mummy
Datin Adibah. Pelbagai cara Datin Adibah buat agar perhubungan mereka
diputuskan.
Episod 2
Perhubungan
Zain dan sofea semakin tegang .Datin Adibah semakin mendesak agar Zain
dapat mengubah keadaan dan cara hidup Sofea yang suka pergi ke kelab
malam. Sofea tertekan bila Zain asyik mengikut telunjuk Mummynya
sehingga tiada pendirian. Bila perhubungan Ersalina dan Ikram mula baik ,
Ersalina dikejutkan dengan berita keluarga Ikram akan berberhijrah ke
luar negara .
Episod 3
Sofea
lebih mendesak membuatkan Zain tertekan. Hadi sahabat zain selalu
mendengar keluhan dan masalah Zain. Episod ini ditambah pasal kasut.
Zain membeli kasut dan kasut yang Zain beli telah tertukar dengan kasut
Ersalina. Ersalina berjanji untuk memulangkan kasut itu tetapi ada saja
masalah yang menghalang. Haliza pula stress bila suaminya selalu pergi
outstation ( penang ) dan dia mengesyaki suaminya sesuatu yang tak
kena.
Episod 4
Ersalina
terus menanti berita dari Ikram tapi tiada jawapan. Haliza dikejutkan
dengan berita Ersalina mengandung. Datin Adibah mengupah penyiasat untuk
mengintip aktiviti Sofea. Datin Adibah kecewa kerana Sofea tetap dengan
aktivitinya ke kelab malam. Sofea menghilangkan diri setelah bertengkar
dengan Zain. Tarikh perkahwinan mereka semakin hampir Datin Adibah
sibuk mencari pengganti Sofea. Sehingga Datin Adibah bertemu dengan
Ersalina .
( Minggu kedua Episod 5 - 8 )
Episod 5
Datin
Adibah terus mendesak agar keluarga Ersalina menerima pinangannya.
Ersalina pula kecewa dengan Ikram yang terus menyepi. Kerana terlalu
kecewa Erslina menerima pinangan Datin Adibah. Ayah dan abang Ersalina
terkejut dengan keputusan Ersalina untuk berkahwin dengan Zain. Dihari
pernikahan Ersalina resah dan takut menerima lelaki asing sebagai suami.
Episod 6
Ini episod yang manis , Bermulalah
kehidupan Zain dan Ersalina menjalani hidup berkeluarga. Mereka Tinggal
di rumah baru ini untuk belajar hidup berdikari. Disinilah bermula
detik-detik yang mencuit hati, bila Ersalina cuba memasak .... goreng
ikan ..ikan hangus.. lauk masin.. Ersalina anak manja yang tidak pernah
membuat kerja-kerja rumah, segalanya serba tak kena bila dilakukan
dirumah sendiri.
Episod 7
Zain banyak
menghabiskan masa menceritakan aktivitinya bersama Ersalina dengan Hady.
Hady seperti tak berminat mendengar cerita Zain. Dalam tak sedar Zain
mula sukakan Ersalina . Begitu juga Ersalina , masing-masing takut untuk
meluahkan. Lantaran itu Ersalina tidak berputus asa belajar memasak
untuk menjadi isteri yang baik. Walaupun masih tidak menjadi. Lakonan
berbaik-baik depan orang Zain membuatkan Datin Adibah merasa seronok dan
tidak menyesal membuat pilihan memilih Ersalina sebagai menantu.
Episod 8
Perasaan cemburu
mula hadir dalam diri Zain. Zain berterima kasih pada Mummy kerana
menjodohkannya dengan Ersalina. Zain juga membuat kejutan pada Ersalina
dengan membuat kek kegemarannya. Hadi pula cuba mempengaruhi Ersalina
mengatakan Zain berkahwin dengannya hanya sekadar mengikut kata mummynya
sahaja. Mama Ersalina pula mengesyaki sesuatu yang pelik pada suaminya
yang kerap pergi outstation hingga dirinya stress.
( Minggu ketiga Episod 9 - 12 )
Episod 9
Akhirnya Zain
meluahkan Isi hatinya Pada Ersalina , terpancar kebahagiaan Zain Dan
Ersalina bila cinta mereka diluahkan. bab kelakar kali ini ialah bila
Zain sanggup bertukar wajah menjadi Zain Min Ho kerana minat Ersalina
suka tengok cerita Korea. Tetapi Hadi seakan cemburu bila melihat Zain
dan Ersalina bahagia. Sekali lagi Hadi mendapat peluang mengapi-apikan
Ersalina, dan berkata Zain hanya berpura-pura suka pada Ersalina tapi
hatinya tetap suka pada Sofia. Ersalina berjanji pada Zain dia yang akan
tentukan bila mereka akan bersama.
Episod 10
Hari
yang ditunggu untuk bersama dinanti dengan penuh debaran. Zain telalu
gembira bila Ersallina menerimanya seadanya. Sewaktu mereka meraikan
untuk bersama Ersalina jatuh dan Zain terkejut ada darah mengalir di
kaki . Zain membawa Ersalina ke hospital dan disahkan Ersalina
keguguran. Zain tak boleh terima Ersalina keguguran sedangkan mereka
belum pernah bersama. Dalam keadaan runsing Zain kerumah Hadi dan
menceritakan apa yang berlaku pada Ersalina. Dalam perkabaran itu Hadi
nampak lebih gembira bila mendengar apa yang berlaku pada Zain. Ersalina
merasa malu untuk dengan apa yang berlaku. Dia tidak tahu yang dia
mengandung dan jika dia tahu dia mengandung dia tidak akan berkahwin
dengan Zain.
Episod 11
Zain
terlalu kecewa dan melepaskan marahnya pada Ersalina. Ersalina kecewa
bila mamanya menyembunyikan rahsia yang dia mengandung. Mama Ersalina
cuba merayu pada Zain agar menerima Ersalina seadanya. Ersalina malu
untuk berdepan dengan suaminya Zain dalam keadaan ini. Ersalina terus
bersedih dan meratapi nasib dirinya. Hadi pula umpama main tarik tali.
Dia cuba memujuk Zain supaya tidak marah- marah dan dia juga memasang
niat jika Zain melepaskan Ersalina Hadi sanggup menggantikan tempat
Zain. Zain mengambil keputusan membawa Ersalina balik kerumah mereka.
Walau pun dibantah oleh kedua orang tuanya. Zain memberi alasan untuk
berlajar menjaga Ersalina dalam pantang tapi sebenarnya Zain hanya ingin
menyakiti dan memarahi Ersalina .
Episod 12
Kemarahan
Zain masih membara. Carian dan cemuhan dari Zain sudah menjadi makanan
harian Ersalina bila Zain dirumah. Tangisan dan airmata menjadi teman
setia Ersalina. Ersalina menghubungi kawan baiknya Zehra dan
menceritakan apa yang telah berlaku pada dirinya. Zehra marah dan
memberitahu bahawa abang perlu bertanggungjawab pada Ersalina. Tetapi
Ersalina merayu demi perkahwinannya dengan Zain. Zain yang banyak
menghabiskan masa dirumah Hady. Hady berpura-pura memujuk Zain agar
berbaik - baik dengan Ersalina. Mama Ersalina terlalu bimbangkan
Ersalina hingga mengganggu kesihatannya ditambah pula Abah Ersalina kian
berubah.
( Minggu keempat Episod 13 - 16 )
Episod 13
Episod
air mata.... Hady memujuk Zain agak Zain menceraikan Ersalina. Ersalina
cuba berbaik dan membuat sesuatu yang Zain suka. Ersalina tidak
berputus asa walaupun hakikatnya Zain tidak suka dan marah padanya.
Abang dan mama Ersalina mengajak Ersalina kerumah untuk berkumpul
sekeluarga tetapi tidak mendapat keizinan Zain. Ersalina terpaksa
membuat alasan agar keluarganya tidak terasa dan Ersalina menyembungikan
hal rumah tangganya yang tidak bahagia. Dalam kekeruhan ini Hady
mengambil peluang memperkenalkan Eriza. Eriza yang dari dulu meminati
Zain amat seronok bila hady berbuat sedemikian.
Episod 14
Ersalina
mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Dia meminta izin Zain
untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Tetapi Zain tidak
benarkan. Dalam masa yang sama Ersalina terkejut bila Ikram datang
berjumpa dengannya. Ikram mengharapkan kepastian anak yang gugur dulu
adalah anaknya dan Ikram ingin bertanggungjawab. Eriza mula rapat dengan
Zain dan Zain pula rasa lemas bila Eriza cuba mengorek cerita tentang
rumah tangganya.
Episod 15
Eriza
mula kecewa bila dengan sikap Zain yang tak mengendahkan dirinya. Datin
Adibah datang buat kejutan kerumah untuk mengucapkan tahniah pada
Ersalina. Malanagnya Mummy Zain dapat menghidu rumah tangga anaknya
tidak bahagia. Datin Adibah Memberi cadangan pada Zain dan Ersalina
pergi Honeymoon untuk merapatkan kembali hubungan yang renggang. Dalam
terpaksa Zain terpaksa bersetuju demi menjaga hati mummynya. Ikram yag
sering datang menggangu Ersalina membuatkan Ersalina tak senang duduk.
Ersalina terus merayu agar Ikram jangan datang dan mengganggu dirinya
lagi kerana Ersalina telah berkahwin. Hadi mengambil peluang untuk
menghasut Ersalina supaya tinggalkan Zain jika Zain berterusan memberi
layanan buruk pada diri Ersalina.
Episod 16
Seperti
yang dipersetujui Zain dan Ersalina pergi Honeymoon, disana mereka
lebih banyak bertengkar dalam masa yang sama Zain meluahkan , dia kecewa
kerana Ersalina menipu dirinya disaat Zain mula menerima dan
menyayanginya. Hady pula memantau apa yang berlaku diantara Zain dan
Ersalina. Zain masih tak sedar niat jahat hady yang cuba menangguk di
air yang keruh. Ikram pula tidak berputus asa merayu agar Ersalina
kembali kepadanya. Ersalina mula lemas dengan desakan dan rayuan dari
Ikram. Mama Ersalina risau jika sesuatu yang tak baik berlak pada
Ersalina .
(Minggu ke lima Episod 17 - 20 )
Episod 17
Setelah
pulang dari honeymoon Ersalina dan Zain pergi ke rumah mummy Zain.
Mummy Zain mendesak agak Zain cepat cepat ada anak. Zain dalam terpaksa
memujuk mummy dan berjanji akan memberi cucu secepat mungkin. Dalam
perasaan sayu bila mendengar Zain memujuk mummynya. Ikram yang tak
pernah putus asa mengejar Ersalina walaupun dia tahu harapan untuk
memiliki Ersalina tipis. Walau bagaimana pun Ikram telah menyuarakan dia
ingin berjumpa dengan Zain dan ingin memberitahu yang Ersalina pernah
mengandungkan anaknya.
Episod 18
Hidup Ersalina
lebih derita bila pulang dari haneymoonnya. Zain sengaja menyakitkan
hatinya supaya hatinya puas. Ersalina dapat menghidu perhubungan Zain
dan Eriza. Itu semua sengaja semata-mata membuat Ersalina sakit hati.
Ikram terus-terusan mengugut Ersalina. Pelbagai rayuan tidak pernah
diindahkan. Ini membuat hidup Ersalina lebih tertekan .
Episod 19
Hady sengaja
mendekatkan diri dengan Ersalina. Zain pula seakan perasan yang Ersalina
kini tak melawan hanya menurut apa saja. Ikram pula sudah berani datang
rumah bila Zain pergi kerja. Hady yang selalu memerhatikan gerak geri
Ersalina ternampak Ikram berjumpa Ersalina Dirumah. Hary juga menghasut
agar Zain lebih menyakiti hati Ersalina agar Ersalina akan membenci
Zain. Eriza juga mengambil peluang untuk rapat dengan Datin Adibah
sebagai mengambil hati Mummy Zain.
Episod 20
Zain
terkejut bila kawan baik Ersalina , Zehra datang rumah. Zehra
menasihatkan abangnya Ikram janagn ganggu rumah tangga Ersalina. Zain
membakar semua DVD yang Ikram bagi pada Ersalina. Erisa pula mula rapat
dengan Zain. Ikram nampak Zain bersama Eriza keluar bersama dan
mendatangkan rasa cemburu pada Ikaram. Hady terus meracuni fikiran
Ersalina agar Ersalina minta cerai dari Zain kononnya Zain dah tak
sayang pada Ersalina dan Zain kini sudah ada orang lain .
(Minggu ke enam Episod 21 - 24 )
Episod 21
Segala
curiga mama Ersalina dan ayahnya terlerai, bila sangkaan suaminya ada
hubungan dengan perempuan lain. Akhirnya Zain memberitahu Hady dia ingin
menerima Ersalina seadanya. Hady terkejut, Hady memberi pendapat agar
Zain mengenal pasti kenapa Ersalina kian berubah. Hary sering mengintip
Ersalina dirumah dan terlihat seorang lelaki selalu bersama Ersalina.
Dalam masa yang sama Zain melihat Ersalina bersama Ikram dikedai Kek
Mama Ersalina. Tambah mengejutkan lagi bila Zain pulang kerumah Ikram
turut sama ada dirumahnya.
Episod 22
Zain
dapat merasakan Ersalina menyembunyikan sesuatu. Kehadiran Ikram
kerumah tidak disenangi oleh Zain. Zain mengajak Ersalina berpindah
kerumah baru. Zain kebilik Ersalina kerana terkejut Ersalina terjatuh
lalu pengsan kerana takut darah. Kerana luka didahinya Ersalina bermalam
di hospital. Zehra memarahi Zain kerana lalai. Ikram pula mengamuk pada
Zain tapi dihalang oleh Ersalina.
Episod 23
Zain
keluar bersendirian tanpa arah . secara kebetulan bertembung dengan
Erisa . Erisa mengajak ke rumahnya dan ingin memerangkap Zain tetapi
diperhatikan oleh Hady sebangai dalangnya. Ersalina menyaksikan apa yang
berlaku atas hasutan Hady . Ersalina begitu kecewa dengan apa yang
berlalu. Ersalina mengambil keputusan dan lari dari rumah Zain. Zain
memujuk Ersalina agar dapat bersamanya kembali. Dengan berat hati dia
kembali kerumah Zain kembali tetapi tidak disenangi oleh Hady kerana
Zain berjaya memujuk Ersalina kembali balik kerumah.
Episod 24
Selepas
apa yang berlaku Zain dan resalina hidup seperti pasangan suami isteri
yang lain. Hady dan Eriza tak senang duduk. Begitu juga Ikram, Ersalina
terus tak dapat dihubungi. Keindahan bersama tidak kekal lama Zain
terlibat kemalangan. Zain koma dan Ersalina meratapi keadaan Zain yang
entah bila akan sedar.
(Minggu ke tujuh Episod 25 - 28 ) - minggu akhir
Episod 25
Ersalina di
sahkan mengandung. Dalam Dia menjaga Zain Hady datang dan sengaja
mengungkit kisah lama. Tiba-tiba bualan Hady dan Ersalina terdengar oleh
Datin Adibah. Datin Adibah naik berang bila mengetahui Ersalina
keguguran dulu bukan anak Zain. Datin Adibah melarang Ersalina untuk
terus berjumpa dengan Zain. Datin Adibah juga menghalau Ersalina tinggal
dirumah Zain. Segala rahsia yg disimpan oleh mama Ersalina diketahui
juga oleh ayah Ersalina. Ayah Ersalina menyalahkan Haliza mama Ersalina
kerana tidak duduk berbincang menyelesaikan masalah bersama . Haliza
juga memohon maaf pada Datin Adibah tetapi tidak dihiraukan. Zain sedar
dari koma dan dibawa pulang kerumah tetapi Zain bingung kerana dia tidak
dapat berbuat apa-apa.
Episod 26
Pelbagai
cara Ersalina buat untuk berjumpa suaminya Zain. termasuklah berlakon
menjadi makcik pembantu rumah. Zain tersepit antara mummynya dan
isteri. Eriza terus cuba menggoda Zain tapi kecewa dengan sikap Zain
yang dingin. Ikram dengan rela hati berjumpa dengan Zain dan Ikram
menceritakan apa yang berlaku. Zain terima dengan hati yang terbuka
tetapi Hady semakin runsing dan resah kerana niat untuk mendapatkan
Ersalina semakin pudar.
Episod 27
Zain berjumpa
dengan isterinya dalam diam tanpa pengetahuan Datin Adibah . Ini semua
kerana mummynya masih marah pada Ersalina dan tapi terkantoi juga .
Datin Adibah mengajak Zain pergi bercuti. Atas nasihat papa Zain , Zain
ikut sahaja apa kehendak mummynya. Di sana Mummy Zain bertemu dengan
mama Eriza. Datin Adibah terkejut bila dia berjumpa dengan Ikin
birasnya. Hady berjumpa dengan Zehra kawan baik Ersalina dan mengugut
sesuatu jika Zehra tidak membantunya.
Episod 28 ( akhir )
Datin Adibah
terkejut, rupa - rupanya perangai Eriza lebih teruk dari Sofea. Zain
tidak menyangka dia akan berjumpa Ikin. Ikin tidak menyalahkan Zain
dengan apa yang berlaku. Tidak menyangka berbualan Zain dan Ikin di
dengari oleh Datin Adibah. Datin Adibah meminta maaf pada Haliza dan
Ersalina kerana terlaul cepat menghukum. Ikram redha bahawa Eralina
bukan miliknya dan kembali ke Yaman semula bersama adiknya Zehra. Hady
akhirnya tersungkur dengan rancangannya sendiri segala rahsianya
terbongkar. Eriza menyesal kerana terpengaruh dengan kata-kata hady dan
akur cintanya bukan milik Zain. Happy ending kesudahan cerita ini.
Nota:
kepada
kawan-kawan seperjuangan yang meminati Drama / Novel Setia Hujung Nyawa
sudi berkongsi cerita dan pandangan di Blogs ni..... Terima kasih
sangat - sangat .... saya amat menghargai. Dan kepada penulis FATIN
NABILA tahniah kerana telah mengilhamkan novel yang terbaik dan Kredit
juga buat SUHAN MOVIE telah menghasilkan drama yang terbaik .