Ahad, 1 Jun 2014

bukan isteri sempurna

NOVEL BUKAN ISTERI SEMPURNA

Tingkahmu sering membuatku kaku , Bicaramu mampu membuatku kelu 
Namun.... Bisakah aku berikan kau bahagia? Andai aku BUKAN ISTERI SEMPURNA...

Kejayaan novel pertamanya Novel Aku Untukmu . Tulip Ungu melangkah dengan hadirnya karya kedua Bukan Isteri Sempurna. Konsep yang sama seperti dulu tetapi olahan yang lebih matang membuatkan saya suka dengan cerita ini. Kini membeli novel dengan penulis dah menjadi kebiasaan pada saya. Novel ini juga tak terkecuali. Novel setebal 584 muka surat membongkar rahsia hidup Nina. Sedikit review dari saya.
Pertemuan selepas lima tahun mengimbau kembali kenangan lama. Kenangan yang merobek jiwanya. Nina seorang gadis yang diperkosa oleh Danish Arham, abang kembar Daniel Arman. Kerana berita itu juga Ibu kesayangannya pergi untuk selamanya. Kisah dukanya tidak berakhir disitu kerana orang yang sepatutnya bertanggungjawab lari entah kemana, malah diganti oleh adik kembarnya Daniel Arman. Daniel Arman yang tak pernah redha dengan perkahwinan namun Nina pasrah kerana dia tiada pilihan. Walaupun begitu Daniel Arman tidak pernah melupakan kebajikan Nina. Nina keguguran, dia nekad untuk keluar dari rumah besar kerana kononnya memberi peluang Daniel Arman memilih jalan hidupnya sendiri setelah mereka berpisah . Tetapi bagi Datuk Zainudin , Nina sengaja ingin mempergunakan keluarganya untuk kepentingan dirinya sahaja. Tanpa rasa belas Nina dihalau oleh datuk Zainudin dan Nina juga tidak diceraikan oleh suaminya danial Arman, itu permintaan Datuk Zainuddin. 

Lima tahun terus berlalu, Nina tidak menyangka akan bertemu suaminya di satu mesyuarat penggabungan syarikat majikannya dengan syarikat Daniel Arman. Pertemuan itu membuat Nina terus berdepan dengan lelaki yang bergelar suami diatas kertas. Malah Nina  tidak dapat  mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman. Zachary yang dari dulu meraruh hati pada Nina tidak pernah berputus harapan menagih cinta Nina. Namun kerana statusnya masih sebagai isteri orang Nina tak mampu untuk membalas cinta Zachary. Kehadiran Azzura yang sering bersama dengan Daniel Arman membuat Nina sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain.

Ketenangan hidup Nina diganggu apabila Danish Arham kembali setelah sekian lama menghilang. Dia datang menginginkan Nina sebagai haknya. Hubungan Daniel Arman dan Nina diketahui oleh Datuk Zainudin. Ini membuatkan Datuk Zainudin marah dan sekali lagi Nina dicemuh dan dihina. Kerana tak tahan dihina Nina sengaja mengaku yang dia sengaja memerangkap dan inginkan harta. Daniel Arman terkejut dengan pengakuan Nina disaat hatinya berputik rasa cinta. Ketelanjuran Daniel Arman mengasari Nina, ini menambahkan rasa benci Nina pada Daniel Arman. Nina tidak diberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar. Selepas dipujuk oleh Datin Rogayah akan kesilapannya Daniel Arman menyesali  akan kesilapannya.  Sekali lagi Nina meninggalkan Daniel Arman . Dengan bantuan Danish Arham , Daniel Arman dapat menjejaki Nina. Nina yang sedar dirinya Bukan Isteri Sempurna tetapi Nila juga pelengkap hidup Daniel Arman. 
Sinopsis Dari Novel 

Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.


Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.

Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.



Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.



Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”


Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”



Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”


Petikan-petikan dari novel
Pertemuan
"Nak ke mana?" Tiba-tiba Daniel Arman Bersuara dari belakang. Zachary dan Nina serentak berpaling ke arah pemilk suara. Untuk sementara waktu, mata Daniel Arman dan Nina bertembung. Nina lekas-lekas melarikan anak matanya. Pertemuan semula itu membuatkan dia kaku untuk berkata-kata.
"Lunch. COme and join us," pelawa Zachary dengan mesra.
"I'm Daniel Arman, selamat berkenalan. Tadi tak sempat nak berkenalan." Daniel Arman menghulurkan tangan tanda perkenalan kali pertama dengan Zachary tanpa menjawab pelawaan Zachary terlebih dahulu. 
"I'm Zachary. Just cll me , Zach. And this is my secretary Miss Nayli Imanina, just call her Nina." seloroh Zachary sambil menyambut huluran tangan Daniel Arman.
"Nak lunch? I know a good place which offers good food," kata Daniel Arman.
"Really? Let's go then, tapi kali ni it's going to be your treat." Kata Zachary. Dia memang seorang mudah mesra.
"No problem." Daniel Arman tersenyum mesra. Mereka berjalan beriringan ke arah tempat kereta diparkir. Nina hanya mengikut dari belakang. Cuba bersikap setenang yang mungkin.

Kerana pertemuan itu , Nina teringat peristiwa 5 tahun dulu. Danish Arham yang telah meragut kesuciannya. 
"Kalau Nina sayangkan mak, bagitau mak siapa pelakunya. Biar mak jumpa mak bapak dia, biar dia bertanggungjawab." Lembut kata Salamah memujuk anak gadisnya. Nina duduk bersimpuh, wajahnya ditunduk ke arah lantai rumah. Mengalir laju air matanya membasahi pipi. bimbang kebenaran akan memburukkan lagi kesihatan ibunya.
"Orang tu... anak.. Datuk Zainudin." Nina bersuara lambat-lambat. Bimbang dengan reaksi ibunya.
"Anak Datuk Zainudin? Siapa? Dan ke El? Betul kamu tak bohong?" Bertalu-talu soalan dilmpar kepada anak gadisnya itu. Salamah terperanjat. Tidak manyangka lelaki yang bertanggungjawab merupakan anak kepada majikannya sendiri.
"Nina tak bohong mak, Mamang anak Datuk Zainudin." Lambat-lambat Nina membalas, kecut perut mendengar ibunya bersuara lantang.
"Siapa? Dan ke El?" Salamah bertanya lagi. Menyedari Nina ketakutan, kali ni suaranya semakin mengendur.
"Bukan El .. Dan, mak." Nina menunduk, takut melihat wajah ibunya yang merah padam akibat terperanjat dan marah.
"Kamu pasti?" Salamah bertanya lagi untuk kepastian.
"Dan mak. Nina pasti." Jawab Nina.
"Kalau macam tu, biar dia bertanggungjawab. Aku akan jumpa sendiri dengan Datuk Zainudin, bagitau dia hal ni." Slamah mengurut-ngurut dadanya. Terasa dadanya kembali sakit degan berita yang baru sampai ke telinganya.
"Tapi mak, diaorang orang kaya. Takkan nak dengar cakap orang macam kita." Nina bersuara lagi, takut ibunya bertindak diluar batasan. Dia sedar hakikat diri mereka sekeluarga. cuma orang gaji yang mencari rezeki dirumah besar Datuk Zainudin.

Kerana peristiwa itu juga Nina kehilangan ibu yang disayanginya. Dan Daniel Arman menjadi pengganti kerana Danish Arham menghilangkan diri.
""Terima kasih, El. Mummy betul-betul hargai pengorbanan El." Datin Rogayah berwajah ceria. Sekurang-kurangnya masalah mereka telah selesai.
"El terima sebab daddy, bukan sebab benda lain. Kalau ini caranya daddy tunjukkan kasih sayang dia, El akan ikut cakap daddy tapi mummy kena tahu, El hanya pak sanggup dalam kes ni. Jadi, tak mungkin El akan jalankan tanggungjawab El seperti suami yang sebenarnya. Diaorang pun cuma nak anak Dan ada ayah sahaja. Tak lebih dari itu. Jadi, El akan tanggung semua kesilapan Dan kalau itu yang daddy mahukan." Daniel Arman bersuara lagi. Walaupun Datuk Zainudin hanya beriak kosong namun, Daniel Arman puas hati. Dia sudah meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

Nina keguguran , dia nekad untuk keluar dari rumah besar itu kerana kehadirannya sering disalah ertikan. tetapi perginya gantung tak bertali.
"Lepas anak haram tu dah tak ada, kau nak larikan diri. Selama ni kau hanya gunakan keluarga aku untuk tutup malu kau. Orang kebanyakan macam kau memang suka ambil kesempatan atas orang kaya macam kami." Datuk Zainudin bersuaraseraya mengambil tempat disebelah Datin Rogayah. Akbar ditangan dibelek-belek.
"Astaghfirullahalazim... kenapa abang cakap macam tu? Anak tu tetap cucu abang." Datin Rogayah kecewa dengan kata-kata Datuk Zainudin.
"Datuk, saya tak pernah berniat nak ambil kesempatan ke atas keluarga Datuk. Selama i, saya cuma harap Dan bertanggungjawab atas perbuatan dia. Saya cuma kesihankan El sebab terpaksa terikat dengan perkahwinan yang dia sendiri tidak rela. Tak lebih dari itu." Nina membela diri. Tuduhan Datuk Zainudin kepadanya sangat keterlaluan.
"Bukan ke dulu, kau yang nak sangat jadi menantu keluarga ni? kenapa sekarang nak minta cerai pulak? kau ingat lepas anak tu mati, kau senang-senang aje boleh lari? Disebabkan kau yang beria-ria sangat nak kahwin dengan anak aku dulu, jadi sekarang ni, El takkan ceraikan kau. Tapi dia akan gantung kau tak bertali. Kau peganglah gelaran isteri tu sampai bila-bila. Aku takkan benarkan El ceraikan kau. Dan kalau dia nak ceraikan juga, dia kena langkah mayat aku dulu. Aku cuma nak bagi apa yang kau beria-ria minta dulu. Lepas ni kau boleh keluar dari rumah ni , tapi untuk El ceraikan kau , perkara tu takkan terjadi!" Datuk Zaunudin bersuara lantang. Memang sejak dulu dia bencikan orang seperti Nina. Datin Rogayah sudah berlinangan air mata mendengarkan kata-kata suaminya. Dia kecewa kerana Datuk Zainudin membuat keputusan terburu-buru.
"Bang, kenapa cakap macam tu? Kita tunggu la El balik. Bagi dia buat keputusan sendiri," rayu Datin Rogayah.
"Keputusan aku, keputusan dia!" tegas Datuk Zainudin dalam memberi kepurusan.
"Saya boleh pergi dari sini, tapi Datuk kena ingat. Datuk bukan sahaja merantai saya tapi Datuk turut merantai anak Datuk dalam ikatan ni." Nina sudah hilang sabar. Dia bangun untuk berlalu dari situ. Ketegasan Datuk Zainudin tidak bertempat.

Lima tahun terus berlalu. Kini Nina didepan mata. Pasti Daniel Arman takkan melepaskan peluang ini.
"Apa berita terkini?" soal Danial Arman lagi.
"Masih macam dulu," jawab Nina, pendek.
"Kecuali sekarang lebih cantik, lebih moden dan pandai berfesyen," sambung Daniel Arman dalam senyuman. Nina hanya diam tidak beraksi. 
"Dulu, kenap lari?" Danial Arman meyoal sekali lagi. Dan kali ini , soalannya dipesongkan pila pada peristiwa lalu.
"Datuk yang halau saya." jawab Nina. Terasa sebak hatinya mengenangkan kenangan lalu.
"Kalau daddy yang halau kenapa lari teus? Kenapa tak tunggu keputusan saya?" balas Daniel Arman.
"Datuk memang tak pernah sukakan saya," jawab Nina dengan sayu.
"Awak kahwin dengan dia ke dengan saya?" soal Daniel Arman lagi.
"Apa bezanya? keputusan tetap sama," jawab Nina lagi.
"Mana awak tahu keputusannya sama? Awak pernah tanya saya sendiri?"
"Semua yang berlaku atas keterpaksaan. Saya dah tahu keputusan En Arman," kata Nina penuh emosi.
"Kenapa buat kesimpulan sendiri? Awak tahu ke apa yang ada dalam hati saya?"
"Saya tak tahu dan saya tak perlu tahu pun. Apa yag sepatutnya berlaku dah pun berlaku. Encik Arman pun dah ada kehidupan sendiri." Kata-kata yang pernah diluah oleh Daniel Arman suatu waktu dulu masih tergiang-giang ditelinga. Lelaki itu tidak pernah meminta untk berkahwin dengannya.

Nina keliru , perasaannya pada Daniel Arman, suaminya sendiri . Kehadiran Zachary ditolak cara baik. 
"I want to marry you.. Nina," kata Zachary sambil meraih jari-jemari Nina. Nna yang terperanjat dengan kata-kata yang baru terluah daripad mulut Zachary itu, bertindak menarik tangannya daripada genggaman Zachary.
"Apa yang Encik Zach cakap ni?" Soal Nina, berpura-pura tidak faham dengan luahan perasaan Zachary.
"Nina please, jangan pura-pura tak faham. Saya rasa sebelum ni pun dah banyak kali saya luahkan perasaan saya kepada nina. Saya tak kisah dengan status Nina. Sudah tiba masanya Nina bagi saya peluang. Dah lama suami Nina meninggal dunia. Takkan Nina masih tak boleh boleh let go semua tu? Tolong la Nina, bagi saya peluang untuk mendekati Nina, " luah Zachary dalam nada yang lembut. Sekali lagi jemari Nina ditarik ke dalam genggamannya. Kali ini genggaman jemari Nina dieratkan sehingga menyukarkan Nina merungkainya.
"Maafkan saya. Saya tak boleh." Nina cubamenarik tangannya daripada genggaman Zachry.
"Tolong la pertimbangkan. Saya tak pernah berniat tak elok. Saya ikhlas nak lamar Nina." rayu Zachary.
"Saya tak boleh. Tolong lepaskan tangan saya." pinta Nina. Memang mustahil bagi dia menerima cinta Zachary sedangkan dirinya masih memegang status sebangai seorang isteri. Isteri kepada Daniel Arman.

Ketenangan Nina ternganggu bila Danish Arham kembali menagih cinta.
"Saya takut .." kata Nina dalam suara yang bergetar. Masih terbanyang lagi saat danish Arham menodainya dahulu.  Air matanya mengalir laju. Hanya satu harapannya ketika itu iaitu supaya Daniel Arman melindunginya daripada kerakusan Danish Arham. Danial Arman terkesima seketika. Dia kemudiannya membalas pelukan Nina.
"I'll protect you" janji Daniel Arman. Sayu hatinya melihat Nina yang ketakutan begitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan