NOVEL PLAYBOY ITU SUAMI AKU
Playboy itu suami aku?! Biar betul !
Buah tangan ke tiga
dari penulis comel Suri Ryana. Baru - baru ini penulis comel ini
dinobatkan untuk kali kedua sebagai pemenang Anugerah pilihan pembaca
popular Berita harian untuk novel kedua beliau Novel Isteri Separuh Masa .
Kali ini dengan tajuk yang cukup menarik Playboy itu suami aku dengan
susunan kata yang cukup menarik . Novel setebal 666 muka surat ini
membongkar dan merungkai rahsia Adrian adan Afina.
Sedikit review dari saya tentang novel ini. Afina yang baru habis pengajiannya selalu membantu rakannya Syaf dikedai
bunga. Disitulah titik pertemuan Afina dan Adrian A.K.A 'King of
crocodile. Afina yang mempunyai adik kembar Fisya , yang tidak pernah
menganggapnya kakak. Fisya juga diantara nama yang tersenarai girlfriend
kepada Adrian. Dari satu pertemuan ke satu pertemuan seolah Afina tidak
boleh lari, hidupnya menjadi huru-hara. Pertemuan dengan Puan Sri mummy
Adrian merubah kehidupan Afina bila Puan Sri melamar menjadi
menantunya. Afina disahkan Amnesia ( hilang ingatan sementara ) kerana
hentakan yang kuat semasa terlibat dalam kemalangan . Afina tidak boleh
mengingati apa-apa , apatah lagi Adrian sebagai suaminya. Untuk
memulihkan ingatan Afina , Mummy Adrian tidak pernah berputus asa ,
Mengubah Afina yang baru dan berkerja menjadi PA Adrian. Jawatan itu
disandang sebelum Afina kemalangan lagi ini bertujuan untuk memantau
aktiviti Adrian. Banyak perkara yang berlaku antara Afina dan Adrian.
Bertengang urat adalah aktiviti hariannya. Suatu hari Adrian membawa
Afina ke mesyuarat dan sesuatu yang tak diingini berlaku.
Adrian membawa Afina ke pantai . Kata Adrian , Afina sukakan pantai dan pantai juga adalah rumah keduanya, dipantai juga tempat Afina meluahkan perasaannya. Adrian cuba meluahkan perasaan hatinya pada Afina entah bagaimana, semasa berlari dipantai Afina terhantuk yang membuatkan ingatannya pulih . Mencari jawapan bagaimana Afina boleh berkahwin dengan lelaki buaya itu semuanya terjawab, Afina mula jatuh cinta pada Adrian kerana satu peristiwa dimana Afina melihat Adrian bermain dengan kanak-kanak dirumah asuhan anak-anak yatim dibawah naungannya. Afina yang menganggap Adrian King of crocodile. Hanya pandai melukakan perasaan perempuan sahaja, rupa-rupanya jiwa penyayang. Lantaran itu Afina menerima pinangan mummy Adrian ketika itu . Sebelum mereka meluahkan perasaan masing-masing, Adrian menceritakan segalanya tentang dirinya. Adrian pernah jatuh cinta dan patah hati bila hatinya dipermainkan oleh perempuan bernama Sarah . Selepas peristiwa itu Adrian tidak lagi percaya pada cinta . Hingga Afina hadir dalam hidupnya. Adrian merasa marah bila Afina nekad untuk berpisah sebelum kemalangan berlaku. Dengan berlakunya kemalangan itu Adrian merasa amat bersalah. Dalam mereka cuba melayari kebahagiaan hidup rumahtangga . Afina didatangi seorang peminat ditempat kerja . Keadaan itu tidak disenangi oleh Afina sendiri dan meminta izin untuk berhenti kerja . Afina lebih sanggup menjadi suri rumah sepenuh masa.
Disangkakan panas hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari. Fisya kembali ke tanah air. Fisya mengambil keputusan untuk keluar negara selepas perkahwinan Afina dan Adrian dahulu. DiSangkakan Fisya sudah berubah rupa-rupanya tidak. Fisya yang menduga Afina akan merana bila berkahwin dengan Adrian. Tetapi sangkaannya meleset belaka. Ternyata Afina dan Adrian sememangnya bahagia. Ini membuatkan Fisya tak puas hati dan marah. Fisya mengugut Afina agar meninggalkan Adrian jika tidak Adrian akan dibunuh. Kerana terlalu sayangkan Adrian , Afina membawa diri ke Korea . Tetapi Afina tewas dengan rindunya yang mendalam pada suaminya . Dengan bantuan Syaf Adrian datang memujuk kerana ajal itu bukan ditangan Fisya tetapi Allah yang menentukan segalanya.

Sinopsis dari kulit novel.
Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”
Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.
Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.
Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.
Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.
Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.
Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?
“Playboy itu suami aku?! Biar betul!”

Petikan-petikan yang menarik dalam novel
Tiba-tiba
“Kurang asam betul! Dah lah simbah
aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje” Bebelku
sambil membetulkan t-shirt lengan panjang berwarna hitam di badan. Sakit di
hati masih membara lagi. Tak fasal-fasal aku kena balik rumah dan tukar baju
lain!
“Tengoklah, kalau aku jumpa pemilik
kereta tu nanti, siaplah dia!” Omelku di dalam hati. Nasib baik nombor plat
kereta BMW X6 itu senang untuk dihafal. Bawak kereta mahal-mahal tapi otak
letak kat lutut!
‘Sabar Afina..husnuzon..husnuzon! Entah-entah
pemandu tadi tak perasan kot dia terlanggar lopak?’ Hatiku berkata begitu.
Bukan aku tak mahu husnuzon atau bersangka baik, tetapi mustahil pemandu tadi
tak perasan lopak sebesar itu. Hah! Entah-entah bas pun dah terlepas agaknya
masa aku pulang tadi! Aduhai..Aku menggigit bibir dan menghalakan pandangan ke
sebelah kanan jalan.
“I want
5 bouquet of roses. 4 bouquet mesti ada 50 kuntum hybrid tea roses
warna merah. Campur dengan baby breath.” Baby breath? Biar betul nama
bunga macam tu! Ah..takpe..mesti Syaf tahu serba sedikit ni. Pasti Kak
Ani dah turunkan ilmu kat dia. Kertas yang berada di tangan dihulurkan
ke arahku. Aku terus menyambutnya dan menundukkan wajah. Sehelai lagi
kertas ditarik oleh lelaki kacak ini. Aku tahu dia sedang menulis
sesuatu tetapi aku tak berani lagi ingin mengangkat wajah kali ini.
Takut terleka lagi.
“Kat atas kad, tulis ayat ni.” Suaranya bergema. Aku terus menyambut huluran kertas tersebut dan membaca bait-bait ayat yang tercoret.
“On this day, a very special person was born. Happy Birthday, beautiful..I love you so much! -King-.”
Semua rasa kagum, suka dan yang seangkatan dengannya sebentar tadi terus hilang. Tahniah Fina! Kau telah kembali ke dunia nyata. Sah yang berada di hadapan kau ni King of Crocodile!
“Semua kad tulis ayat yang sama ke?!” Soalku sedikit terkejut. Aku tak peduli lagi sekiranya dia perasan perubahan pada nada suaraku. Orang gila sahaja yang tak akan terkejut.
“Yes! Cuma nama aje berbeza. These are their names and addresses. Hantar today.” Seperti tidak terkesan dengan nada suaraku tadi, dia menjawab soalanku dengan bersahaja. Aku terus membaca huluran kertas yang seterusnya.
“Nadia, Rossy, Jessica, Fisya.” FISYA? Bulat mataku mengeja kembali nama yang terakhir itu. F-I-S-Y-A. Memang bunyinya Fisya! Tetapi ni bukan alamat rumah aku. Aku terus mendongakkan kepala ke atas. Ternyata dia juga sedang merenung ke arahku. Boleh tak kalau dia tak senyum?
“Err..Fisya ni..” Belum sempat aku menghabiskan ayat, dia terus mendekatkan wajahnya ke arahku.
“Why?” Bisiknya dengan penuh prihatin. Aku pula terus menggelengkan kepala. Mesti Fisya lain ni..! Aku membuat kesimpulan sendiri.
“Erm..nothing!” Ujarku. Fina..kau dah salah menilai! Dia ni playboy lah..sama aje dia ni dengan lelaki lain kat luar sana tu. Hatiku menempelak.
“Ehem..Tadi encik kata ada 5 bouquet kan?” Dengan sedikit kalut aku bertanya soalan itu. Dia pula menganggukkan kepala sedikit.
“Yes, yang satu lagi tu pun sama je..but I nak cream colour Gerbera dengan Eustoma untuk jambangan ni.”
“Algebra?” Mata kukecilkan sedikit sambil buat muka blur. Nak eja macam mana pun aku tak tahu. Bunga apa tu? Kenapa aku dengar bunyinya macam algebra yang aku belajar kat sekolah dulu pulak ? Terkejut sedikit kulihat wajah lelaki ini. Mesti dia ingat aku ada penyakit. Tadi terkejut dengar nama Fisya. Sekarang ni terkejut nama bunga pula.
“Bukan algebra but Gerbera!” Tergelak kecil lelaki di hadapanku. Barisan gigi yang putih jelas kelihatan waktu ini. Kulit wajah di bahagian pipi pula kelihatan sedikit merah. Aku juga ikut senyum melihat dia seceria ini. Terus sahaja dia mencapai kertas dan menulis nama bunga tersebut. Owh..G-E-R-B-E-R-A! Aku manalah tahu tentang bunga!
“Owh..you are not familiar with flowers, aren’t you?” Soalnya. Macam tahu pula apa yang bermain di dalam fikiranku. Tanpa menunggu jawapan dariku dia terus menyusup keluar melalui pintu sisi. Tidak sampai beberapa saat dia hadir bersama dua kuntum bunga.
“Okay..this is Gerbera.” Ujarnya dengan perlahan-lahan. Nampak seperti cikgu tadika pun ada. Aku terus tergelak kecil sambil menganggukkan kepala. Kenapa tak cakap bentuknya macam bunga matahari cuma yang ni warna krim! Kalau aku tulis algebra tadi, tak ke naya?! Mesti Syaf pun tak akan faham bunga apa yang dikehendaki oleh lelaki ini.
“And this is eustoma” Tangan kiri pula digawangkan di hadapan wajahku.
Aku terus mengangguk dan menyambut huluran kertas yang diberikannya kepadaku. Tidak sabar rasanya ingin membaca ucapan untuk penerima bunga yang ke-5 ni. Kalau aku tak ganti tempat Syaf hari ni, mesti aku tak akan percaya yang dia adalah seorang playboy! Afina! Seorang playboy memang pandai memikat. Hatiku berkata-kata sendiri.
“Tulis ayat tu kat atas kad.” Aku hanya mengangukkan kepala.
‘Dear Leya, You are too good for me. I think you are better off with someone else. Let’s just be friends. I am sorry. :( Goodbye darling.. :)’
Begitulah bunyinya ayat di atas kertas yang terakhir ini. Nak berpisah pun hantar bunga jugak?!
“Ni bayarannya..” Beberapa keping not RM 50 dihulurkan kepadaku. Aku pula terus menggawangkan tangan tanda tidak boleh menerima duit tersebut. Biar aje Syaf yang tentukan harganya.
“Ehh encik..saya tak tahu berapa harga semua ni..nanti saya..” Belum habis aku cakap, dia sudah memotong.
“It’s okay..harga tak berubah pun. I’m a regular here.” Ujarnya dengan selamba.
“Oh..okay..”Dengan sedikit teragak-agak aku menyambut kepingan duit yang berada di tangannya. Dia pula terus berpaling. Ayat yang kurangka di dalam kepala terasa ingin sangat kuajukan kepadanya.
“Encik K..king!” Aku memberanikan diri memanggil namanya. Dia terus menoleh ke arahku. Sedikit serius wajahnya ketika ini.
“Anything?” Soalnya.
“Sa..saya nak tanya..kereta kat depan tu kereta encik ke?” Walaupun sedikit gagap pada mulanya, namun soalan tersebut berjaya juga meluncur keluar dari bibir. Dia pula terus melangkah kembali ke kaunter. Kepala ditundukkan memandang ke arahku yang sedang duduk.
“Yes..why?” Soalnya sambil tersenyum sekali lagi. Aku rasa dia ni ada main jampi-jampi la. Lembut sedikit hatiku apabila dia tersenyum begitu. Tapi, serta-merta aku mengumpul kekuatan yang ada dan baru sahaja mulutku ingin berkata-kata, lelaki tinggi lampai ini telah terlebih dulu bersuara.

Sangkaannya tepat bila Adrian datang kerumah.
“You?” Dia
tersenyum kacak untuk kesekian kalinya. Aku terus membuang pandang ke
arah jalan raya. Malas mahu bertentangan mata dengannya. Takut terleka
lagi dengan “killer smile” yang diberikan lelaki ini.
“Awak nak apa
datang rumah saya malam-malam begini?” Acuh tak acuh aku bertanyakan
soalan itu. Memang aku tidak suka dia berkawan dengan Fisya! Sebabnya
aku kenal benar dengan jenis lelaki macam dia. King of Crocodile ini
akan menghancurkan hati Fisya. Tegang sahaja wajahku ketika ini.
“Why do you sound so serious?” Sebelah keningnya terangkat sedikit. Senyuman masih lagi bersisa di bibir.
“Saya tak salah
rumah kan? Fisya tu adik atau kakak awak?” Soalnya dengan bersahaja. Aku
terdiam seketika. Jarang orang nak kaitkan aku dengan Fisya. Maklumlah,
bagi mereka, aku dan Fisya bagai langit dengan bumi.
“Dia kembar saya.” Jawabku dengan malas.
“Oh..no wonder ada
persamaan!” Aku terpempan lagi. Rasanya, jarang-jarang orang nampak
persamaan di antara kami berdua. Selalunya orang akan buat muka pelik
bila tahu bahawa aku ni kembar Fisya. Lelaki ini semakin menghampiri.
Masih mencari persamaan di antara aku dan Fisya, mungkin!
“Memang sama kalau you tak pakai tudung..” Nampak ikhlas apabila dia berkata begitu. Kemudian, dia bersuara lagi.
“And without this
glasses, memang..” Serentak dengan itu dia terus mendekatkan dirinya
kepadaku membuatkan aku ingin mengundur setapak ke belakang. Tetapi
belum sempat aku berbuat demikian, tangannya terus sahaja mencabut kaca
mata tebal dari wajah. Aku pula yang terkejut terus menampar wajahnya
dengan tidak sengaja. Tindakan refleks! Ingatkan dia nak buat apa tadi.
Sempat lagi aku
meragut kaca mataku yang berada di tangannya dan cepat-cepat kukenakan
ke wajah. Dapat kulihat dengan jelas pipinya yang sedikit berbirat.
Alamak mati aku! Lelaki itu nyata terkejut dengan tindak balasku.
Baru sahaja ingin meminta maaf, kedengaran suara seorang perempuan menjerkah dengan kuat di belakangku.
Lelaki yang bernama Adrian menghuru-harakan hidup Afina bila Mummy Adrian, Puan Sri melamarnya Afiana untuk anaknya.
“Silakan miss..”
Ujarnya dengan lembut sambil mendepakan sebelah tangan ke arah kirinya.
Sebelum Jessica beredar, sempat lagi dia menghentakkan kaki tanda
protes. Rossy pula menjeling tajam ke arah Puan Sri tanda tidak puas
hati dengan wanita itu.
Aku melihat mereka berdua beredar dengan hati yang semakin sarat dengan kerisauan.
“Mummy..thanks..I
owe you one! Nasib baik mummy cover tadi..Ad pun dah menyampah dengan
diorang. Elok juga diorang ingat Ad dah nak kahwin. Tak perlu lagi nak
layan diorang lepas ni.” Dengan selamba anak Puan Sri ini memeluk ibunya
dari belakang dan mengucapkan kata-kata itu. Aku hanya mampu mengetap
bibir. Puan Sri kulihat melepas pelukan anaknya. Kemudian, dengan wajah
yang serius, dia bersuara.
“Tak Adrian..this time mummy bukan berlakon untuk selamatkan Adrian dari perempuan-perempuan tu.” Ujarnya tenang.
“Mummy betul-betul
dah ada calon untuk Adrian. You are getting married soon!”. King pula
memandang ke arah ibunya dengan pandangan tidak percaya. Kemudian terus
sahaja dia ketawa besar. Aku yang tidak tahu apa-apa ini hanya kelu
seribu bahasa.
“Raja Adrian!” Puan Sri dengan tegas menyebut nama anaknya itu.
“Mummy tak main-main. Ad akan kahwin tak lama lagi!”
Mati terus tawa
yang terhambur keluar dari bibir lelaki itu tadi. Dari riak wajah Puan
Sri, nampaknya dia memang tidak main-main.
“What?! Dengan
siapa?” Terkejut besar kulihat wajah lelaki ini. Seronok pula rasa
hatiku. Padan muka! Anak orang kaya mana agaknya yang menjadi pilihan
Puan Sri ye? Pasti perempuan itu bukan calang-calang orangnya kerana
dapat menawan hati wanita cerewet ini. Aku mula berteka-teki sendiri di
dalam hati.
Kelat terasa air liur yang ditelan apabila Puan Sri menoleh ke arahku.
“Afina!”
Dengan tenang dia
menjawab soalan anaknya itu membuatkan aku ingin rebah. Lemah terasa
segala sendi yang berada di dalam badan. Terkulai rasanya
tulang-temulang yang menyokong tubuh.
“Puan Sri!!” Terjerit kecil aku jadinya. Bulat mataku memandang ke arah Puan Sri.
“Mummy, you must be
kidding me! I am getting married to this girl? You are being
ridiculous!” King pula membentak. Kedua-dua tangannya meraup wajah
dengan kasar. Baru sahaja dia ingin membentak lagi, Puan Sri terus
membidasnya.
“You can say
whatever you want but my decision is final!” Bentak Puan Sri. Aku pula
terus sahaja menggelengkan kepala. Masih lagi terkejut dan tidak percaya
dengan apa yang sedang berlaku. Cermin mata berbingkai hitam yang
hendak melorot kutolak ke atas sedikit. Wajah lelaki itu tidak lagi
kupandang. Saat ini aku hanya memfokuskan pandangan ke arah Puan Sri.
Matanya memandang jauh ke dalam anak mataku.
“Puan Sri..maafkan saya, tetapi, saya betul-betul harus pergi sekarang..”
Setelah berkata begitu, aku terus meluru ke arah tangga dan melangkah naik ke ruang atas, di mana Syaf sedang berada.
Segalanya
berlaku dengan pantas. Afina terlibat dalam kemalangan hingga dia tidak
mengenali suaminya, doktor mengesahkan Afina Amnesia
“Kita dah kahwin 5
bulan yang lepas.” Selamba sahaja ayat tersebut meluncur keluar dari
bibir Adrian. Aku terus menoleh ke arahnya dengan pantas. Tenang sahaja
wajahnya ketika ini. Tangan kanan memegang strereng dengan kemas
manakala tangan kiri berada pada gear kenderaan. Matanya pula difokuskan
pada jalan raya yang agak lengang.
“Tak logik!” Jeritku. Kepala kugelengkan berkali-kali.
“Apa yang tak
logiknya?” Nada suara lelaki ini sudah mula meninggi. Jelingan tajam
diberikan kepadaku sekilas sebelum matanya jatuh pada jalan raya di
hadapan semula.
“Tak logik untuk
aku berkahwin dengan seseorang macam kau!” Jawabku dengan lancar. Wajah
kuraup berulang kali. Masih tidak percaya yang aku telah membuat satu
kesilapan yang besar dalam hidup aku. Atas dasar apa aku memilih dia
sebagai teman hidupku?
“Entah-entah kau
yang perangkap aku untuk berkahwin dengan kau!” Ujarku dengan lantang.
Besar mataku memandang ke arahnya. Adrian hanya ketawa kecil ketika ini.
Kepala digelengkannya sedikit sebelum bersuara. Wajahku direnungnya
seketika.
“Aku? Perangkap
kau? You must be joking, girl.” Balasnya dengan sangat perlahan.
Pandangan dihalakan ke hadapan kembali. Tangan kiri membetulkan
kedudukan kaca mata hitam di wajah.
“Aku tak perlu nak
pasang perangkap untuk mengajak seorang perempuan berkahwin, Fina. In
fact, ramai yang terhegeh-hegeh berbaris untuk kahwin dengan aku
walaupun aku dah berkahwin.” Dengan tenang dia berkata begitu membuatkan
aku menjadi semakin menyampah. Aku tak mahu hidup dengan lelaki seperti
ini lagi. Aku mahu bebas. Aku memusingkan badan ke kanan. Wajahnya
kurenung lama sambil mengumpul kekuatan untuk mengungkapkan apa yang
terbuku di hati.
“Ceraikan aku!”
Luahku dengan tenang. Ya, itu yang aku mahu. Adrian menjeling dengan
tajam ke arahku sekilas. Kemudian, kaca mata hitam ditanggalkan dari
wajah. Berubah terus wajahnya ketika ini membuatkan aku menjadi sedikit
gerun. Tidak ada lagi riak tenang dan selamba seperti tadi. Tiba-tiba
sahaja kereta diberhentikan secara mengejut. Berdecit bunyi tayar
kenderaan bergeseran dengan jalan raya akibat brek mengejut yang dibuat
oleh Adrian. Aku terus menutup mataku dengan kedua-dua belah tangan.
Betul-betul kecut perut dengan situasi ini.
“Balik-balik hal cerai yang keluar dari bibir kau!” Tempik lelaki di sebelahku ini. Dengan perlahan-lahan aku membuka mata. Pandangan kuhalakan ke bawah sahaja. Dapat kudengar Adrian mengeluh berat ketika ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Edisi Drama
Episod 1
Afina yang baru habis belajar dan memulakan kerja di kedai bunga kakak kawannya, Syaf. Afina mempunya seorang kembar tetapi sifatnya lain dari dirinya. Hidupnya lebih bersosial berbanding dirinya. Lagipun Afina dibesarkan oleh nenek dan datuknya dikampung. Sejak kehadiran dirinya dirumah mama dan papanya Fisya lebih suka memusuhi dirinya dari menganggap ddirinya sebagai kakak. Kerana kelewatan pelbagai masalah timbul . Bajunya basah terkena air lopak kerana sebuah kereta telah melanggar air semasa Fina di perhentian bas. Bila sampai dikedai Afina terpaksa melayan sorang customer yang ingin menempah 5 bouquet bunga. tetapi alangkah terkejut bila lelaki itu adalah lelaki yang melanggar lopak air semasa perjalanan Afina ke kedai bunga tadi.
Jom tonton link ini Playboy itu suami aku episod 1
Episod 2
Afina terkejut bila membaca nama pada name card yang diberi ada nama Fisya. Semasa Abang Din menghantar bunga pada Fisya, Abang din hanya memberitahu kawannya yang menerima bukan Fisya. Fina merasa lega kerana bukan adik kembarnya mungkin sekadar nama sahaja. Afina menerima jemputan makan malam bersama keluarganya sempena hari jadinya. Hari jadi Fina tak semeriah hari jadi Fisya yang menjemput rakan-rakannya. Afina juga tidak menyangka King datang kerumahnya atas jemputan Fisya. Tanpa sedar Afina menampar King atas sikap kurang ajarnya. Fisya marah kepada Fina kerana menampar King dan terus membawa King keluar dari rumah.
Jom tonton link ini Playboy itu suami aku episod 2
Episod 3
Kerana hidup Fisya terlalu sosial , papa Fisya selalu marah pada mama Fisya yang terlalu manjakan Fisya. Ini membuatkan Fisya tertekan bila papanya suka membanding-bandingkan dengan Fina. Fisya salah satu perempuan yang King pernah ajak keluar yang tak lebih dari 2-3 kali sahaja . Fisya menggunakan King sekadar duit sahaja. Masing-masing mempunyai niat yang tersendiri. Abang Din Driver kedai bunga kemalangan. Shaf menghubungi Fina untuk membantu Syaf menolongnya membuat gubahan di kediaman Puan Sri. Dalam Hati yang berat Fina bersetuju melonong Syaf. Sampai dirumah besar Puan Sri Fina berjumpa lagi dengan King. lelaki yang pernah ditamparnya ketika majlis hari jadi Fisya.
Jom tonton link ini Playboy itu suami aku episod 3
Episod 4
Berdepan dengan Puan Sri yang garang bukan perkara mudah. Fina terkejut bila King menganggil Puan Sri dengan sebutan mummy. Adrian @ King yang perasan Fina dirumah itu tidak teragak- agak untuk mengenakan dan Fina kembali. Peristiwa menampar pipinya dulu amatlah memalukan. Fina cuba bersembunyi dan lari dari King. Oleh kerana tugas mengubah tu agak lama Fina megambil peulang untuk bersolat dirumah Puan sri itu kerana takut terlewat. Puan Sri terharu bila mendengar doa seorang anak. Puan Sri menghubungi Kak Ani pemilik kedai bunga untuk mengetahui identiti Fina sebenar. Adrian cuba buat sesuatu pada Fina tetapi dimarahi oleh Puan Sri. Dengan kehadiran dua orang perempuan yang mengaku teman wanita Adrian membuatkan Puan Sri membuat keputusan untuk memilih Fina sebagai calaon isteri King.
Jom tonton link ini Playboy itu suami aku episod 4
Episod 5
Semasa Puan Sri membuat lamaran, Fina terkejut hingga dia mengajak Syaf meninggalkan rumah Puan Sri tu tanpa berkata apa-apa. Adrian menentang rancangan mummynya. Papa Adrian mengugut jika Adrian tidak menerima rancangan mummynya dia akan menyerahkan pangkat CEO di syarikat pada orang lain. Puan Sri berpendapat hanya Fina sahaja yang boleh merubah Adrian menjadi baik. Puan Sri datang kerumah Fina untuk memberitahu niatnya melamar Fina tetapi disalah ertikan oleh Fisya. Fisya tidak menyangka Puan Sri akan meminang Fina bukan dirinya. Ini membuatkan Fisya lebih marah dan mengatakan Fina sengaja berbuat begitu. Adrian merancang sesuatu agar Fina menolak pinangan mummynya.
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 5
Episod 6
Dengan cara menakutkan Fina , Adrian berharap Fina akan menolak pinangan mummynya. Fina sebenarnya sudah melolak pinangan Puan Sri lebih awal kerana Fina inginkan lelaki yang boleh mengimamkan solatnya bukan lelaki macam King. Adrian runsing dengan tindakan mummynya yang tidak pernah putus asa dan memberi peluang pada Fina untuk berfikir. Fisya semakin sakit hati bila melihat Fina , Fisya yang sememangnya cemburu melihat kelebihan kembarnya. Fisya juga semakin berani mengganggu Adrian dan memujuk agar Adrian tidak berkahwin dengan Fina. Mama dan papa Fina merasa hairan kenapa Fina dipilih sebagai menantu. walaupun Fina pernah menolak lamaran Puan Sri.
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 6
Episod 7
Syaf mendapat tempahan membungkus hamper untuk anak-anak yatim. Sejak peristiwa dirumah Puan Sri Fina tidak lagi membantu Syaf. Fina sekali lagi membantu Syaf untuk tempahan itu. Kerana tempahan terlalu banyak Fina tidak pulang kerumah dan terpaksa menyiapkan hamper. Fina menghantar SMS pada mamanya tetapi SMS tu tak sampai ke mamanya ini kerana Fisya telah membuangnya terlebih dahulu. Fisya memburukkan keadaan hingga Mama dan papa Fina marah pada Fina. Ini semua bertujuan agar mama dan papanya beranggapan Fina juga berkelakuan tidak baik sepertinya. Hari untuk menghantar hamper tiba. Alangkah terkejut pada Fina , rumah anak yatim yang dimaksudkan adalah rumah anak yatim milik Adrian A.K.A King. Fina menyaksikan sendiri kemesraan anak-anak yatim itu pada lelaki yang dibenci. Menurut pengetua rumah anak-anak yatim itu Adrian sangat rapat pada Adrian hingga mereka memanggil Adrian dengan gelaran papa. Hati Fina tersentuh bila melihat keadaan itu.
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 7
Episod 8
Penikahan Adrian dan Fina diadakan secara sedehana atas pemintaan Adrian. Adrian memberitahu Fina agar perhubungannya di depan mata keluarga supaya tidak kekok. Adrian juga membeitahu niat sebenar kenapa dia harus terima penikahan ini kerana dia mahukan jawatan CEO di Kiara Mas tak lebih dari itu. Fina berharap Adrian boleh menerima dirinya seadanya. Untuk menyelamatkan keadaan Adrian terpaksa mengajak Fina tinggal di kondo miliknya. Supaya hubungan mereka tidak dihidu oleh mummynya. Fisya sentiasa meracuni fikiran mamanya dengan cerita-cerita buruk Adrian. Fisya juga tak sabar agar Fina akan menjadi janda akibat diceraikan oleh Adrian. Fina bersabar dengan kerenah suaminya yang tidak segan silu melayan perempuan didepan matanya. Fina juga mengharapkan Adrian akan berubah seperti Adrian yang berada di rumah anak yatim yang pernah dilihatnya dulu.
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 8
Episod 9
Kehidupan lebih parah bila Fina terasa terluka. Fina pulang kerumah mamanya untuk bertanyakan tip-tip rumah tangga. Fina berharap Adrian akan berubah. Fisya yang memang suka cari pasal membuatkan Fina lebih terluka. Disyarikat Puan sri memecat PA anaknya Adrian, Adrian semakin merang bila mummynya berbuat demikian. Puan Sri merayu agar Fina berkerja sebangai PA Adrian. Puan sri kata untuk menjadi isteri yang baik perlu tahu aktiviti suami.
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 9
Episod 10
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 10
Episod 11
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 11
Episod 12
Jom tonton link ini : Palyboy itu suami aku episod 12
Episod 13
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 13
Episod 14
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 14
Episod 15
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 15
Episod 16
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 16
Episod 17
Jom tonton link ini :Playboy itu suami aku episod 17
Episod 18
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 18
Episod 19
Adrian cuba
berterus terang pasal perhubungan mereka pada Fina. Fina menjadi marah
dan ingin lari tetapi entah bagai mana Fina jatuh dan kepala Fina
terhantuk pada batu. Ekoran itu Fina dimasukkan kedalam hospital. Bila
Fina sedar dirinya sudah berada dihospital. Menurut doktor yang merawat
Fina ingatan Fina sudah pulih tetapi Fina merahsiakan dari semua orang.
Fina enggan untuk berjumpa dengan Adrian. Adrian sedih kerana Fina
semakin membenci dirinya. Bila pulang dari Hospital mencari jawapan
bagai mana Fina boleh berkahwin dengan Adrian. Fina cuba mengingatkan
detik-detik dia mula jatuh cinta pada Adrian dulu. Adrian masih
menunjukkan keparhatinannya pada Fina tetapi Fina masih dingin.
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 19
Episod 20
Oleh kerana Fina
enggan pulang kerumah suaminya, Mama Fina merancang sesuatu agar Fina
pulang kerumah Adrian. Dalam terpaksa Fina pulang kerumah suaminya juga.
Sebelum balik kerumah suaminya Fina pergi dipantai tempat dia meluahkan
perasaan hatinya. Dia mencari botol yang dia menyimpan nota-nota luahan
perasaannya apa Adrian tetapi telah hilang. Fina memberitahu Syaf yang
dia telah pulih dari sakitnya. Fina sudah mula bertugas selepas lama
bercuti . Adrian rasa cemburu bila Fahmi cuba rapat dengan Fina.
Kehadiran Fahmi yang mula rapat dengan Fina juga membuatkan Fina rasa
tidak selesa. Adrian cuba berterus terang tetapi keadaan menjadi tegang.
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 20
Episod 21
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 21Episod 22
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 22
Episod 23
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 23
Episod 24
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 24
Episod 25
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 25
Episod 26
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 26
Episod 27
Fina mengambil
peluang untuk bermanja dengan suaminya dalam masa 3 hari yang diberikan
oleh Fisya. Sebelum Fina pergi dia memohon maaf kepada dua orang tuanya.
Ini membuatkan Mama dan papanya hairan. Bila Adrian pulang Fina sudah
tiada dirumah . Keadaan Adrian panik bila Fina langsung tidak dapat
dihubungi. Fisya memainkan peranan bila Fina menghilangkan diri. Fisya
memberitahu Fina sudah lari dengan lelaki lain. Fisya sudah berpakat
dengan Fahmi untuk menjayakan hasratnya. Puan sri termakan dengan
kata-kata Fisya. Adrian tetap dengan pendiriannya, dia tidak percaya
dengan kata-kata Fisya. Kehadiran Fina mengejutkan sahabatnya, Syaf di
Penang. Fina menceritakan apa yang berlaku sebelum ini semuanya adalah
rancangan Fisya. Termasuklah cubaan membunuh dulu.
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 27
Episod 28
Syaf tak sanggup
melihat Fina yang terlalu rindukan suaminya. Dia mencari jalan untuk
menghubungi Adrian dan menceritakan segalanya apa yang berlaku. Fisya
rasa gembira bila Puan Sri ingin melamarnya bagi pihak Adrian. Tetapi
dibantah oleh Adrian. Adrian membongkar kerja jahat Fisya dihadapan
kedua orang tua Fisya. Mereka tidak menyangka Fisya sanggup melakukan
sedemikian kerana inginkan lelaki yang kini menjadi abang iparnya. Dalam
Fisya mencari Adrian dia dibunuh kerana dendam. Fina terkejut dengan
kehadiran Adrian . Fina tahu ini semua kerja Syaf yang memberitahu
Adrian. Fina memohon keampunan dari Adrian kerana meninggalkan suaminya.
Dan mereka melayari kehidupan baru untuk selamanya.
Jom tonton link ini : Playboy itu suami aku episod 28
@@@@@ :-
Drama bersiri ni dah melabuhkan tirainya . Walau ramai yang mengatakan cerita ini berterabur dan tak ikut novel. Tetapi pada peminat drama , drama ini tetap dinantikan setiap Isnin hingga khamis Jam 7.00 - 8.00 malam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan